Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti
  • Audit Pensijilan 5S

    Audit Pensijilan 5S

    Tarikh: 5 Disember 2017
    Lokasi: Tingkat 1-5, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang diwakili oleh Encik Edward Binti, telah mengadakan audit persijilan 5S bagi sesi 2017-2018 yang dimulai dengan mesyuarat  pembentangan hasil kerja oleh ketua-ketua zon 5S JPANS dan seterusnya pemeriksaan presekitaran di semua bahagian. Hasil daripada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah berjaya dipersijilkan semula bagi bidang audit 5S Tahun 2017-2018.





  • Bengkel Analisis Jurang

    Bengkel Analisis Jurang

    Tarikh: 21 Disember 2017
    Lokasi: Bilik Kualiti, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Bengkel Analisis Jurang telah diadakan secara berperingkat mengikut kategori umur untuk membuat kajian mendalam mengenai maklum balas warga kerja jabatan mengenai beberapa topik yang telah dikenalpasti untuk meningkatkan mutu dan prestasi kerja dalam kalangan pegawai jabatan ini. Bengkel ini diadakan secara berperingkat mengikut kategori umur untuk membuat analisis dan seterusnya mencari penyelesaian terbaik dalam menangani cabaran dan isu yang dibangkitkan oleh para pegawai.





  • Hari Keluarga JPANS 2017

    Hari Keluarga JPANS 2017

    Tarikh: 18 November 2017
    Lokasi: First Beach, Tanjung Aru, Kota Kinabalu

    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menerusi Kelab REKA telah mengadakan Hari Keluarga JPANS 2017bertempat di First Beach, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Majlis pada kali ini bertemakan "Hawaii" dan telah berlangsung seawal pada jam 6.00 pagi pada hari tersebut. Hari keluarga pada kali ini penuh dengan keceriaan dan kemeriahan yang diisi dengan acara-acara kekeluargaan seperti pertandingan memasak, acara sukaneka, karaoke, senamrobik, cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Majlis ini telah diraikan dan dihadiri oleh seluruh pegawai jabatan disamping diiringi oleh keluarga mereka.





  • Majlis Ikrar Bebas Rasuah

    Majlis Ikrar Bebas Rasuah

    Tarikh: 12 Oktober 2017
    Lokasi: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan upacara mendatangani Dokumen Integriti. Majlis ini telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan seterusnya tayangan Montaj dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Dalam majlis tersebut, Encik Hasbilah Mohamad Salleh, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah telah menyampaikan taklimat yang bertajuk "Bahana Rasuah Menjadi Budaya" yang menyentuh tentang konteks jenayah rasuah melibatkan golongan pekerja dalam sebuah organisasi dan dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu Koruptor, Oportunis dan Berintegriti.
    1. Koruptor- Merupakan golongan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan pemimpin, undang-undang dan peraturan, sistem dan prosedur bagi memenuhi kepentingan peribadi termasuk mengaut keuntungan bersifat kedudukan, kewangan dan harta benda.
    2. Oportunis- Merupakan kumpulan pekerja yang bersifat tunggu dan lihat. Tidak berani untuk membuat keputusan dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan dan tindakan. Tidak meminta atau memujuk rayu akan tetapi menerima jika ditawarkan.
    3. Berintegriti- Golongan ini merupakan kumpulan yang mempunyai prinsip hidup yang utuh dan sentiasa berpegang kepada undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakan. Akibatnya golongan ini sentiasa diketepikan dan diasingkan dalam sebarang proses membuat keputusan oleh pihak atasan yang korup. Ada juga di sesetengah organisasi, golongan ini dipergunakan sebagai boneka untuk menutup segala kelemahan dan keburukan yang berlaku dalam organisasi tersebut.
    Majlis diakhiri dengan penyerahan Dokumen Integriti oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Siman kepada Tuan Hasbilah Mohamad Salleh dan disaksikan oleh Tuan Mohamad bin Osup, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, para pegawai SPRM dan seluruh warga jabatan.





  • Majlis Sambutan Hari Krismas 2017

    Majlis Sambutan Hari Krismas 2017

    Tarikh: 20 Disember 2017
    Lokasi: Bilik Kualiti, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Majlis sambutan Hari Krismas 2017 telah diadakan pada 20 Disember 2017 bertempat di Bilik Kualiti yang bertemakan 'Winter Wonderland - Peace and Joy'. Acara ini telah dirasmikan oleh pengarah perkhidmatan awam dan dimeriahkan bersama oleh semua warga kerja jabatan dengan pelbagai acara yang menarik seperti acara 'caroling', karaoke, dan jamuan.

    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua warga kerja dan penganut agama Kristian.





  • Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan Zon Pantai Barat Selatan

    Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan Zon Pantai Barat Selatan

    Tarikh: 19 Disember 2017
    Lokasi: Grand Ballroom, Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu

    Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan bagi  Pantai Barat Selatan untuk meraikan pesara bagi kawasan daerah Papar, Penampang dan Kota Kinabalu telah diadakan di Grand Ballroom, Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu pada 19 Disember 2017. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin bin Haji Mohd. Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan turut dihadiri oleh Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Yang berbahagia Datuk Nordin Haji Siman.





  • Majlis Sekalung Budi, Seikhlas Penghargaan Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod)

    Majlis Sekalung Budi, Seikhlas Penghargaan Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod)

    Tarikh: 7 November 2017
    Lokasi: Institut Perhutanan Sabah, Telupid

    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Sekalung Budi, Seikhlas Penghargaanbagi Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod) yang diadakan di dewan serbaguna, Institut Perhutanan Sabah. Majlis dimulai dengan ucapan oleh wakil pesara Dr. Sining Unchi, iaitu mantan pegawai penyelidik dari Jabatan Perhutanan Negeri Sabah kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Antara pengisian program pada majlis tersebut adalah dengan taklimat daripadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diikuti dengan majlis mendatangani dokumen integriti, penyampaian anugerah kecemerlangan perkhidmatan peringkat daerah dan penyampaian cenderakenangan kepada semua pesara. Disamping, itu kaunter pertanyaan juga telah dibuka oleh Bahagian Biasiswa dan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk mendekati rakyat setempat.





  • Mesyuarat Pelaksana Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Siri 2/2017

    Mesyuarat Pelaksana Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Siri 2/2017

    Tarikh: 23 Oktober 2017
    Lokasi: Bilik Transformasi, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Mesyuarat ini dipengerusi oleh Puan Doris William @ Diyanah Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.





  • Mesyuarat Persatuan Badan Kebajikan Islam (PBKI) JPANS

    Mesyuarat Persatuan Badan Kebajikan Islam (PBKI) JPANS

    Tarikh: 22 Disember 2017
    Lokasi: Bilik Transformasi, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Mesyuarat Persatuan Badan Kebajikan Islam, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah diadakan di Bilik Transformasi, tingkat satu dan telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamad bin Haji Osup, Timbalan Pengarah JPANS dan di hadiri oleh ahli jawatankuasa PBKI.





  • Pemilihan Ahli Exco Kelab REKA

    Pemilihan Ahli Exco Kelab REKA

    Tarikh: 22-24 November 2017
    Lokasi: Bilik Kualiti, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Seramai sembilan (9) orang pegawai telah bertanding untuk pemilihan exco kelab REKA, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi sesi 2017-2019. Pemilihan ini telah dilakukan dengan mengadakan pengundian secara kotak undian yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 22 hingga 23 November 2017. Pada 24 November, pengumuman keputusan undian "ballot" telah diumum dan seterusnya pelantikan ahli exco baharu dilangsungkan di Bilik Kualiti bagi exco kelab REKA sesi 2017-2019.




  • Persiapan Mesyuarat Pemantauan Keatifan Majlis Bersama Jabatan Tahun 2017

    Persiapan Mesyuarat Pemantauan Keatifan Majlis Bersama Jabatan Tahun 2017

    Tarikh: 2 November 2017
    Lokasi: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Pada 17 Oktober 2017 (selasa) pihak urus setia pemantau Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Negeri telah mengadakan mesyuarat untuk persiapan Mesyuarat Pemantauan Keaktifan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi agensi-sgensi Kerajaan Negeri Sabah yang  akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

    Tarikh:   2 November 2017 (Khamis)

    Masa :    8.00 pagi
    Tempat: Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.





  • Pertandingan Kuiz Integriti

    Pertandingan Kuiz Integriti

    Tarikh: 12 Oktober 2017
    Lokasi: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Pihak Urus setia bagi Pertandingan Kuiz Integriti JPANS yang diketuai oleh Tuan Mohamad bin Osup, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menyerahkan hadiah kepada semua Bahagian JPANS yang telah menjayakan program ini. Syabas dan tahniah diucapkan.





  • Program Retreat JPANS 2017 - Gred H11 hingga Gred N22

    Program Retreat JPANS 2017 - Gred H11 hingga Gred N22

    Tarikh: 27 - 28 Oktober 2017
    Lokasi: Taman Pertanian Sabah, Daerah Tenom

    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Program Retreat JPANS 2017 bagi gred H11 hingga gred N22, ke Taman Pertanian Sabah, Daerah Tenom. Program ini dikendalikan oleh urus setia JPANS yang diketuai oleh Puan Maria Chong, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Antara pengisian program ini adalah lawatan ke Pusat Kraftangan Keningau, aktiviti 'team building', senaman pagi, merentas hutan dan penilaian program.





  • Taklimat Program Retreat 2017 (Gred H11 hingga N22)

    Taklimat Program Retreat 2017 (Gred H11 hingga N22)

    Tarikh: 13 Oktober 2017
    Lokasi: Bilik Kualiti, Tingkat 1, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    Taklimat ini disampaikan oleh Puan Maria Chong, Ketua Penolong Pengarah Bhg. Pentadbiran dan Kewangan JPANS. Program ini akan diadakan di Taman Pertanian Sabah, Tenom.





Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain