Penginstitusian ini menggunapakai model organisasi berprestasi tinggi yang menerapkan kerangka genetik organisasi berprestasi tinggi (High Performance Organisation Genetic Framework) seperti pada rajah di bawah.
Kerangka Genetik Organisasi Berprestasi Tinggi ini menyimpulkan genetik-genetik yang perlu ada untuk memastikan sesebuah organisasi itu dalam vektor kerangka prestasi tinggi (high performance vector) seperti:
- Kualiti Pengurusan (Management Quality)
- Penambahbaikan Dan Pembaharuan Berterusan (Continuos Improvement And Renewal)
- Orientasi Jangka Panjang (Long-term Orientation)
- Kualiti Pekerja (Employee Quality)
- Keterbukaan Dan Orientasi Tindakan (Openess And Action Orientation)
- Pengurusan organisasi dipercayai oleh ahli organisasi.
- Pengurusan organisasi mempunyai integriti.
- Pengurusan organisasi kami adalah contoh bagi anggota organisasi.
- Pengurusan organisasi membuat keputusan dengan cepat.
- Pengurusan organisasi mengambil tindakan segera.
- Pengurusan organisasi memberi bimbingan kepada semua warga untuk meningkatkan pencapaian.
- Pengurusan organisasi kami memberi tumpuan kepada hasil pencapaian.
- Pengurusan organisasi adalah berkesan.
- Pengurusan organisasi mempunyai kepimpinan yang kukuh.
- Pengurusan organisasi menyakinkan.
- Pengurusan organisasi mengambil tindakan tegas terhadap warga berprestasi rendah.
- Warga organisasi perlu bertanggungjawab terhadap penghasilan.
Genetik 2: Penambahbaikan dan Pembaharuan Berterusan
- Strategi Organisasi yang jelas.
- Proses/ Sistem kerja sentiasa diperbaiki.
- Proses/ Sistem kerja dipermudahkan secara berterusan.
- Proses/ sistem kerja diselaraskan.
- Prestasi organisasi dilaporkan secara jelas.
- Maklumat kewangan dan bukan kewangan dilaporkan kepada semua warga.
- Sentiasa meingkatkan kecekapan melalui inovasi.
- Organisasi terus berinovasi dalam produk, proses dan perkhidmatannya.
Genetik 3: Orientasi Jangka Panjang
- Organisasi mengekalkan hubungan baik jangka panjang dengan semua pemegang taruh berkepentingan (stake holders).
- Organisasi memberi perkhidmatan terbaik.
- Organisasi mempunyai strategi jangka panjang.
- Peluang kenaikan pangkat wujud secara dalaman.
- Tempat kerja yang selamat.
Genetik 4: Kualiti Pekerja
- Pengurusan organisasi memberi inspirasi kepada ahli organisasi untuk mencapai prestasi luar biasa.
- Pekerja diberi latihan supaya berdaya tahan dan berdaya saing.
- Organisasi mempunyai tenaga kerja yang pelbagai dan saling melengkapi.
- Organisasi membangun melalui usaha perkongsian dengan pelbagai pelanggan.
Genetik 5: Keterbukaan dan Orientasi Tindakan
- Pengurusan organisasi berdialog dengan pekerja.
- Warga organisasi sentiasa berkomunikasi, bertukar pengetahuan dan pembelajaran.
- Warga organisasi sentiasa terlibat dalam proses-proses da peristiwa utama .
- Kesilapan itu satu pengalaman dan pembelajaran.
- Pengurusan organisasi mengalu-alukan perubahan.
- Organisasi adalah berpandukan prestasi.