Kandungan sedang dimuatkan...

Teras 1: Organisasi Berprestasi Tinggi

Teras Satu (1) dalam Pelan Strategik Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menekankan kepada penginstitusian organisasi berprestasi tinggi (High Performance Organisation) melalui program-program strategik yang menekankan pembangunan organisasi, cara dan budaya kerja. Pada dasarnya, penginstitusian budaya berprestasi tinggi merupakan teras utama (main core) kepada keseluruhan pelan strategik ini dan merupakan hala tuju utama perkhidmatan awam negeri pada masa kini dan mendatang.

Penginstitusian ini menggunapakai model organisasi berprestasi tinggi yang menerapkan kerangka genetik organisasi berprestasi tinggi (High Performance Organisation Genetic Framework) seperti pada rajah di bawah.
HPO GeneticKerangka Genetik Organisasi Berprestasi Tinggi ini menyimpulkan genetik-genetik yang perlu ada untuk memastikan sesebuah organisasi itu dalam vektor kerangka prestasi tinggi (high performance vector) seperti:

  1. Kualiti Pengurusan (Management Quality)
  2. Penambahbaikan Dan Pembaharuan Berterusan (Continuos Improvement And Renewal)
  3. Orientasi Jangka Panjang (Long-term Orientation)
  4. Kualiti Pekerja (Employee Quality)
  5. Keterbukaan Dan Orientasi Tindakan (Openess And Action Orientation)

Genetik 1: Kualiti Pengurusan

  • Pengurusan organisasi dipercayai oleh ahli organisasi.
  • Pengurusan organisasi mempunyai integriti.
  • Pengurusan organisasi kami adalah contoh bagi anggota organisasi.
  • Pengurusan organisasi membuat keputusan dengan cepat.
  • Pengurusan organisasi mengambil tindakan segera.
  • Pengurusan organisasi memberi bimbingan kepada semua warga untuk meningkatkan pencapaian.
  • Pengurusan organisasi kami memberi tumpuan kepada hasil pencapaian.
  • Pengurusan organisasi adalah berkesan.
  • Pengurusan organisasi mempunyai kepimpinan yang kukuh.
  • Pengurusan organisasi menyakinkan.
  • Pengurusan organisasi mengambil tindakan tegas terhadap warga berprestasi rendah.
  • Warga organisasi perlu bertanggungjawab terhadap penghasilan.

Genetik 2: Penambahbaikan dan Pembaharuan Berterusan

  • Strategi Organisasi yang jelas.
  • Proses/ Sistem kerja sentiasa diperbaiki.
  • Proses/ Sistem kerja dipermudahkan secara berterusan.
  • Proses/ sistem kerja diselaraskan.
  • Prestasi organisasi dilaporkan secara jelas.
  • Maklumat kewangan dan bukan kewangan dilaporkan kepada semua warga.
  • Sentiasa meingkatkan kecekapan melalui inovasi.
  • Organisasi terus berinovasi dalam produk, proses dan perkhidmatannya.

Genetik 3: Orientasi Jangka Panjang

  • Organisasi mengekalkan hubungan baik jangka panjang dengan semua pemegang taruh berkepentingan (stake holders).
  • Organisasi memberi perkhidmatan terbaik.
  • Organisasi mempunyai strategi jangka panjang.
  • Peluang kenaikan pangkat wujud secara dalaman.
  • Tempat kerja yang selamat.

Genetik 4: Kualiti Pekerja

  • Pengurusan organisasi memberi inspirasi kepada ahli organisasi untuk mencapai prestasi luar biasa.
  • Pekerja diberi latihan supaya berdaya tahan dan berdaya saing.
  • Organisasi mempunyai tenaga kerja yang pelbagai dan saling melengkapi.
  • Organisasi membangun melalui usaha perkongsian dengan pelbagai pelanggan.

Genetik 5: Keterbukaan dan Orientasi Tindakan

  • Pengurusan organisasi berdialog dengan pekerja.
  • Warga organisasi sentiasa berkomunikasi, bertukar pengetahuan dan pembelajaran.
  • Warga organisasi sentiasa terlibat dalam proses-proses da peristiwa utama .
  • Kesilapan itu satu pengalaman dan pembelajaran.
  • Pengurusan organisasi mengalu-alukan perubahan.
  • Organisasi adalah berpandukan prestasi.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain