- Pelan Pembangunan Kerjaya Mampan;
- Inisiatif LDP Hi-Impak (Latihan Dalam Perkhidmatan Berimpak Tinggi)
- Penambah baikan dan pembangunan Sistem Sumber Manusia berasaskan Teknologi Pintar
Melalui Pelan Pembangunan Kerjaya yang dirangka ini, seseorang pegawai perkhidmatan awam akan mengalami empat (4) fasa pembangunan yang merangkumi fasa-fasa berikut:
- Fasa 1: Awal Perkhidmatan
- Fasa 2: Penempatan
- Fasa 3: Penilaian
- Fasa 4: Peningkatan
Fasa-Fasa Pembangunan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Awam | |||
Fasa 1: Awal Perkhidmatan | Fasa 2: Penempatan | Fasa 3: Penilaian | Fasa 4: Peningkatan |
Pegawai akan menjalani program induksi serta pementoran dengan memanfaatkan sumber dan kepakaran organisasi. Dengan memfokuskan pembangunan kompetensi dan professionalisma, ia dapat menjamin prestasi pegawai perkhidmatan awam negeri yang cemerlang dan berprestasi tinggi. | Penempatan Pegawai secara strategik mengikut kesesuaian, kelebihan dan minat disamping pendedahan terhadap skop dan bidang tugas yang pelbagai dalam tempoh masa yang tertentu. | Prestasi pegawai dinilai melalui Pusat Penilaian Kompetensi berdasarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keperibadian berdasarkan Modul Kompentensi yang bersesuaian. | Pegawai yang dikenal pasti berprestasi tinggi menikmati kemajuan kerjaya ideal atau kerjaya pantas (fast track). |
Rancangan Induk (Master Plan) 2: LDP Hi-Impak
Menerusi rancangan induk kedua ini, pemantapan ilmu serta kemahiran pegawai perkhidmatan awam negeri dititik beratkan dengan nilai-nilai teras Latihan Dalam Perkhidmatan Berimpak Tinggi iaitu (1) pengetahuan baharu, (2) pendedahan serta (3) perkongsian. Antara program-program yang dirangka untuk menyokong kepada pelaksanaan LDP Hi-Impak ini merangkumi program-program seperti:
- Pelan Operasi Latihan
- Hadiah Latihan
- E-Pembelajaran
Rancangan induk ketiga (3) bagi Teras 2 pula merupakan satu asas kepada pemerkasaan semula dan integrasi menyeluruh sistem sumber manusia sedia ada (SM2) untuk memastikan sistem sumber manusia yang berteknologi tinggi dan memenuhi keperluan kini dan masa hadapan. Pelaksanaan sistem sumber manusia berteknologi tinggi (High-Tech HR) ini akan membolehkan pengurusan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, pantas dan menyeluruh disamping membolehkan pembuat-pembuat keputusan (decision makers) mendapat maklumat serta gambaran sebenar implikasi dan pemetaan sebenar sesuatu perancangan sekiranya dilaksanakan kepada lanskap perkhidmatan awam negeri secara virtual.
Pemerkasaan sistem maklumat pegawai perkhidmatan awam yang baharu ini bakal membawa perubahan besar bukan sahaja kepada pegawai perkhidmatan awam negeri malahan kepada seluruh pengurus sumber manusia untuk mendapatkan maklumat dengan hanya satu 'tap' atau klik pada peranti mereka.