Teras 3: Digital Government

Teras ketiga (3) pula merupakan satu asas kepada pemerkasaan semula dan integrasi menyeluruh sistem sumber manusia sedia ada (SM2) untuk memastikan sistem sumber manusia yang berteknologi tinggi dan memenuhi keperluan kini dan masa hadapan.

Pemerkasaan semula dan integrasi ini akan membolehkan keseluruhan sistem sedia ada yang telah dibangunkan untuk pegawai perkhidmatan awam serta pengurus-pengurus sumber manusia dengan sistem yang mendokong tujuh (7) tonggak kerajaan digital (7 Pillars of Digital Government) seperti:
  1. Hybrid IT Environment (Persekitaran IT Hybrid)
  2. Application Services (Perkhidmatan Aplikasi)
  3. Security (Keselamatan)
  4. Mobility Services (Perkhidmatan Mudah-Alih)
  5. Advanced Data Analytics (Analisis Data Moden)
  6. User-Centred Design (Rekaan Berjiwa Pengguna)
  7. IT Service Management (Pengurusan Perkhidmatan IT)
Tonggak Keterangan
Tonggak 1: Hybrid IT Environment Penggunaan pelbagai teknologi dan persekitaran IT seperti cloud, infrastruktur dan aset IT untuk menyampaikan perkhidmatan berasaskan digital menerusi pengurusan dan keselamatan bersepadu.
Tonggak 2: Application Services Penggunaan dan penyediaan perkhidmatan aplikasi yang mudah untuk penyampaian perkhidmatan dan penyelesaian masalah secara inovatif.
Tonggak 3: Security Meluaskan perlindungan dan kawalan pengurusan secara efisyen ke dalam persekitaran digital yang semakin berkembang.
Tonggak 4: Mobility Services Penyediaan perkhidmatan dan jaminan keselamatan yang menyeluruh disamping memberikan kemudahan kepada pengguna untuk akses "seamless" melalui pelbagai platform yang memudahkan maklumat diakses dimana juga dan pada bila-bila masa.
Tonggak 5: Advanced Data Analytics Memanipulasi dan menggunakan data yang ada untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat, pengurusan sumber manusia, peroperasian pada tahap efisyen dan prestasi misi sesuatu tugasan.
Tonggak 6: User-Centred Design Menambahbaik rekaan antaramuka sistem dan memendekkan proses kerja yang membolehkan tugasan dapat dilaksanakan oleh pegawai dengan efisyen untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada rakyat.
Tonggak 7: IT Service Management Pengurusan perkhidmatan teknologi maklumat yang memberikan persekitaran maklumat digital yang komprehensif dan bersepadu untuk penyampaian perkhidmatan yang pantas, tepat dan dipercayai.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah