Perutusan Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

PERUTUSAN
PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH TAHUN 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan izin-Nya, kita masih diberikan ruang dan peluang di tahun baharu 2019. Semoga kedatangan tahun baharu ini akan memberikan iltizam serta semangat baharu kepada semua warga perkhidmatan awam Negeri Sabah. Selaku Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang telah diberikan amanah menerajui perkhidmatan Awam Negeri mulai 04 Januari 2019, saya mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua anggota perkhidmatan awam negeri untuk memastikan visi dan misi perkhidmatan awam negeri untuk melestarikan kemakmuran dan kemajuan rakyat serta Negeri Sabah tercapai.

Melestarikan Kemajuan dan kemakmuran Sabah
Sebagai nadi utama pelaksana dasar kerajaan, anggota perkhidmatan awam hendaklah sentiasa mengamalkan budaya kesegeraan dan keberhasilan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Selaras dengan itu, YAB Ketua Menteri Sabah telah melancarkan Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan Negeri Sabah pada 06 Disember 2018 sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018. Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Index –KPI) berdasarkan sepuluh (10) Bidang Keberhasilan Negeri ini melambangkan komitmen dan tanggungjawab anggota pentadbiran negeri dan pegawai perkhidmatan awam dalam melestarikan kemajuan dan kemakmuran Negeri Sabah. Jabatan perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) komited untuk mencapai tiga (3) petunjuk prestasi dalam meningkatkan keupayaan Perkhidmatan Awam Negeri, iaitu pengisian 80% jawatan kenaikan pangkat; 6,000 orang pegawai dilatih, serta lapan (8) Program Pengukuhan Integriti pada tahun 2019.


Regeneration” Perkhidmatan Awam
Menyedari hakikat pentingnya peranan perkhidmatan awam dalam memakmurkan Negeri Sabah, saya menyeru semua warga perkhidmatan awam negeri untuk mendukung inisiatifregeneration” perkhidmatan awam yang dicetuskan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, melalui :
  1. Pengupayaan Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi;
  2. Pemantapan Struktur Organisasi;
  3. Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam;
  4. Pengurusan Bakat Masa Depan;
  5. Pengamalan Budaya Berprestasi Tinggi;
  6. Menterjemah Perancangan kepada Tindakan Berimpak Tinggi; dan
  7. Pelaksanaan Model Kompetensi dan Pusat Penilaian Kompetensi.

Dalam merealisasikan aspirasi tersebut, penggabungan JPANS dengan Institut latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dan pewujudan Bahagian Biasiswa dan Latihan dalam Perkhidmatan memberikan impak yang besar dalam melengkapi keperluan modal insan dan mengupayakan perkhidmatan awam. Perubahan struktur ini juga melibatkan perpindahan Bahagian Biasiswa, JPANS ke Kementerian Pelajaran dan Inovasi. Dalam kesempatan ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota Bahagian Biasiswa atas komitmen dan sumbangan yang diberikan semasa di bawah kawalan jabatan ini. Selamat maju jaya kepada semua warga Biasiswa!

Pantas ke hadapan
Kejayaan perkhidmatan awam negeri pada hari ini menentukan lanskap perkhidmatan awam di masa depan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri telah merangka Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018-2023 yang menggariskan empat teras utama, iaitu High Performance Organization, Future Human Resource, Digital Government dan Total Wellbeing. Perancangan strategik ini akan membawa perkhidmatan awam melangkah lebih pantas ke hadapan selari dengan keperluan dan kehendak semasa.

Kerja satu ibadah dan berikan perkhidmatan dengan senyuman
Hala tuju, visi dan misi kerajaan negeri dan perkhidmatan awam disokong oleh sumber manusia yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, bersahsiah unggul serta bermotivasi tinggi. Justeru, semua penjawat awam hendaklah bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran kerja selesa dan seronok, membudayakan senyuman, mengutamakan rakyat serta berasa gembira dan bersyukur dengan keistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, marilah kita menanamkan iltizam untuk menjadi penjawat awam yang berintegriti, bertanggungjawab dan berprestasi tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan Negeri Sabah!

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019!

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


DATUK (DATU) ROSMADI DATU SULAI
Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah