Kandungan sedang dimuatkan untuk anda

Sekiranya anda melihat paparan ini lebih dari 30 saat, talian internet anda mungkin agak perlahan pada masa ini.
Sila tunggu sebentar dan kami akan paparkan halaman yang anda kehendaki sebentar lagi.
PENGESAHAN KEHADIRAN KE PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN AGENSI KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2018

Persidangan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pengurusan MBJ di setiap Kementerian/Jabatan/Pejabat Daerah/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan termasuk penelitian pematuhan peraturan MBJ berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002. Persidangan ini juga merupakan platform untuk berkongsi maklumat mengenai kemajuan perancangan dan pelaksanaan mesyuarat MBJ Tahun 2017 serta prestasi pelaksanaan dan penubuhan pada tahun 2017 dan 2018.

Sehubungan itu, Pengerusi MBJ Pihak Majikan dijemput hadir ke persidangan tersebut. Sekiranya Pengerusi Pihak Majikan tidak dapat hadir atas sebab desakan perkhidmatan, mohon wakilkan Setiausaha Pihak Majikan yang menguruskan pelaksanaan MBJ di agensi Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan. Kehadiran adalah wajib. Sila kemukakan Pengesahan Kehadiran dibawah sebelum atau pada 9 November 2018 (Jumaat).
Sistem Kehadiran Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Aplikasi Digital Warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Aplikasi kerajaan digital untuk kegunaan warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Daftar Masuk Portal JPANS

Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah