Hari Keluarga JPANS 2017

Tarikh: 18 November 2017
Lokasi: First Beach, Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menerusi Kelab REKA telah mengadakan Hari Keluarga JPANS 2017 bertempat di First Beach, Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Majlis pada kali ini bertemakan "Hawaii" dan telah berlangsung seawal pada jam 6.00 pagi pada hari tersebut. Hari keluarga pada kali ini penuh dengan keceriaan dan kemeriahan yang diisi dengan acara-acara kekeluargaan seperti pertandingan memasak, acara sukaneka, karaoke, senamrobik, cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Majlis ini telah diraikan dan dihadiri oleh seluruh pegawai jabatan disamping diiringi oleh keluarga mereka.