Kandungan sedang dimuatkan...

Tawaran Penajaan JPA Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama Di Bawah Program Penajaan 9A+ (P9A+) Tahun 2018

Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2018 merupakan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada) untuk melanjutkan pengajian ke universiti-universiti di dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

Syarat Penajaan

Syarat Umum
  1. Calon adalah warganegara Malaysia;
  2. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  3. Calon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama; dan
  4. Calon-calon bagi bidang perubatan, Pergigian dan Farmasi hendaklah mempunyai keadaan kesihatan yang baik.

Syarat Khusus
  1. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2017 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  2. Memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihya (sekiranya ada); dan
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  4. Berjaya mendapat tawaran pengajian dan memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember 2018 di universiti yang ditetapkan.
 
Sekiranya pelajar ditawarkan lebih daripada satu (1) program penajaan oleh JPA Malaysia, pelajar hanya layak untuk memilih satu (1) program pengajian sahaja dan tawaran-tawaran lain oleh JPA Malaysia secara automatik adalah terbatal.

Cara Permohonan Program Penajaan 9A+
  1. Pelajar yang berminat perlu mengisi eprofiling secara atas talian (online) melalui http://esilav2,jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja.
  2. Pelajar perlu memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran daripada institusi pengajian (peringkat persediaan) sebelum melengkapkan eprofiling sebelum atau pada 30 Jun 2018 jam 5.00 petang;
  3. Setelah melengkapkan permohonan, pelajar perlu menghantar salinan dokumen (soft copy) ke alamat emel iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Surat tawaran penajaan JPA Malaysia akan dikeluarkan selepas salinan dokumen tersebut diterima lengkap.
  4. Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:
  5. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  6. Pertanyaaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3070 / 3044 / 3045 /3066 / 3076  pada setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2018 (Sabtu) pada jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarik tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Muat Turun Iklan dan Maklumat Lanjut
Anda boleh memuat turun iklan ini di sini dan maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis/e-mel ke alamat berikut:-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

E-mel : Maklumat Umum Penajaan : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain