Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri Sabah dan memenuhi syarat-syarat penajaan adalah dipelawa untuk membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM (Sarjana Muda)
A. Kursus-kursus yang berkaitan khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Awam mengikut keperluan jabatan.
  Pegawai berjawatan Tetap.
  Pegawai menyandang jawatan Gred 29.
  Memperolehi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Diploma dan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  Umur tidak melebihi 35 tahun.
  Kursus relevan dengan tugas dan Jabatan.
  Mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  Belajar sepenuh masa.
  Lulus temuduga.
   
  SARJANA
B. Pegawai berjawatan Tetap.
  Pegawai menyandang jawatan Gred 41.
  Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  Umur tidak melebihi 40 tahun.
  Kursus relevan dengan tugas dan Jabatan.
  Mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  Lulus temuduga.
   
C. Doktor Falsafah ( Ph.D )
  Kursus yang berkaitan dengan tugas berorientasikan Penyelidikan (Research Oriented).
  Pegawai menyandang jawatan Gred 41 dan keatas secara tetap.
  Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) atau Sarjana.
  Umur tidak melebihi 45 tahun.
  Mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  Lulus temuduga.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
  Sarjana Muda
  Akuakultur
  Ekonomi
  Kejuruteraan
  Pengajian Islam
  Perhutanan
  Perikanan
  Sains Alam Sekitar
  Sains Komputer
  Sains Veterinar
  Pelancongan
  Pertanian
   
  Sarjana
  Akuakultur
  Bio-Teknologi
  Ekonomi
  Pelancongan
  Perikanan
  Pertanian
  Sains Alam Sekitar
  Veterinar

  Perhutanan
 
  Doktor Falsafah (Ph.D)
  Kursus yang berkaitan dengan tugas berorientasikan Penyelidikan (Research Oriented).


(C) CARA MEMOHON
Permohonan adalah secara atas talian atau ‘online’ dengan melayari sesawang : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 31 Mac 2018 Pemohon hendaklah mempunyai e-mel peribadi yang aktif.


(D) PERHATIAN
  Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
  Keputusan permohonan disemak melalui online’.
  Tarikh tutup permohonan ialah  30 April 2018 Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.