Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan menganjurkan Persidangan Pegawai-Pegawai Muda Tahun 2018 seperti maklumat di bawah:

Nama Persidangan Persidangan Pegawai-Pegawai Muda Tahun 2018
Lokasi Persidangan Hari Pertama: Auditorium, Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu
  Hari Kedua: Kiulu Adventure Centre, Tamparuli
Tarikh Tarikh akan dimaklumkan dalam masa terdekat
Tarikh Tutup Permohonan Pada atau sebelum 20 Julai 2018
Jumlah Peserta 250 orang
Kumpulan Sasar Terbuka kepada semua Penjawat Awam Negeri Sabah yang menyandang jawatan gred 41 dari pelbagai skim jawatan yang berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 31 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan secara atas talian, sila layari portal Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melalui pautan http://www.jpan.sabah.gov.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung terus kepada Siti Nerwana Arjana melalui talian 088 260161 (Sambungan 230) / 0168062219 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian dan terima kasih.

PENYELARAS KURSUS
Bahagian Kompetensi
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Aplikasi Digital Warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Aplikasi kerajaan digital untuk kegunaan warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Daftar Masuk Portal JPANS

Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah