Program Kesejahteraan Minda, Fizikal dan Jiwa

Sukacita dimaklumkan bahawa program yang akan diadakan adalah sejajar dengan perancangan Pelan Strategik JPAN Tahun 2018-2022, Teras 4 yang menekankan kesejahteraan perkhidmatan awam melalui pendekatan holistik dengan membudayakan keseimbangan kesihatan mental, fizikal dan jiwa (3K).

Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam menggalakkan kakitangan perkhidmatan awam untuk mempelajari pelbagai kaedah untuk mengatasi dan mengawal tahap stres dalam kehidupan seharian. Selain sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan daya kreativiti dan produktiviti penjawat awam.

 Tarikh 20 Disember 2018 (Khamis)
 Tempat  Albatross Hall, Level 1, Sutera Harbour Marina, Golf & Country Club
 Masa  8.30 pagi – 5.00 petang
 Kod pakaian  Sukan

Program ini hanya terbuka buat warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri yang telah berdaftar sahaja
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah