Dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dalam perenggan 32(4), surat rasmi kerajaan Negeri diakhiri dengan ungkapan "Saya yang menurut perintah".
Sejajar dengan hasrat kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, maka kerajaan bersetuju agar ungkapan frasa "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" diganti dengan frasa "SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH" selaras dengan arahan Yang Berhormat Datuk Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi arahan bertarikh 13 Januari 2020.
Penggantian ini hanya meminda perenggan 32(4), Bab 6, Urusan Surat-Surat Rasmi Kerajaan, Arahan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Sehubungan dengan itu, semua penjawat awam hendaklah mematuhi arahan ini berkuat kuasa 13 Januari 2020.