Majlis Ikrar Bebas Rasuah

Majlis Ikrar Bebas Rasuah

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah seterusnya diwartakan dengan Mendatangani Dokumen Integriti oleh semua warga JPANS. Majlis ini telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan seterusnya tayangan Montaj dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dalam majlis tersebut, Encik Hasbilah Mohamad Salleh, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah telah menyampaikan taklimat yang bertajuk "Bahana Rasuah Menjadi Budaya" yang menyentuh tentang konteks jenayah rasuah melibatkan golongan pekerja dalam sebuah organisasi dan dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu Koruptor, Oportunis dan Berintegriti.
  1. Koruptor - Merupakan golongan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan pemimpin, undang-undang dan peraturan, sistem dan prosedur bagi memenuhi kepentingan peribadi termasuk mengaut keuntungan bersifat kedudukan, kewangan dan harta benda.
  2. Oportunis - Merupakan kumpulan pekerja yang bersifat tunggu dan lihat. Tidak berani untuk membuat keputusan dan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan dan tindakan. Tidak meminta atau memujuk rayu akan tetapi menerima jika ditawarkan.
  3. Berintegriti - Golongan ini merupakan kumpulan yang mempunyai prinsip hidup yang utuh dan sentiasa berpegang kepada undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakan. Akibatnya golongan ini sentiasa diketepikan dan diasingkan dalam sebarang proses membuat keputusan oleh pihak atasan yang korup. Ada juga di sesetengah organisasi, golongan ini dipergunakan sebagai boneka untuk menutup segala kelemahan dan keburukan yang berlaku dalam organisasi tersebut.
Majlis diakhiri dengan penyerahan Dokumen Integriti oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Siman kepada Tuan Hasbilah Mohamad Salleh dan disaksikan oleh Encik Mohamad bin Osup, Timbalan Pengarah JPANS, pegawai-pegawai dari SPRM cawangan Sabah, Ketua-Ketua Penolong Pengarah JPANS dan seluruh warga JPANS.