Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan, Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod)

Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan, Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod)

Tarikh: 07 November 2017
Lokasi: Dewan Serbaguna, Institut Perhutanan Telupid

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan bagi Pantai Barat Utara (Daerah Telupid-Ranau-Tongod) bertempat di Dewan Serbaguna Institut Perhutanan, Telupid. 

Majlis tersebut dimulai dengan ucapan oleh wakil pesara Dr. Sining Unchi, iaitu mantan pegawai penyelidik daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaan yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada hari tersebut adalah untuk meraikan 29 orang pegawai perkhidmatan awam negeri yang telah bersara atas komitmen serta kesungguhan mereka melaksanakan dasar-dasar kerajaan dalam merakyatkan perkhidmatan awam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Tuan Zaihairy Mohd. Yunus, Timbalan Ketua SPRM Cawangan Sandakan, Sabah; Tuan Mohamad bin Osup, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; Ketua Daerah Telupid, Ranau dan Tongod; Penolong-Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai Sumber Manusia dari beberapa agensi Kerajaan Negeri.