Hari Keluarga JPANS 2017

Hari Keluarga JPANS 2017

Tarikh: 18 November 2017
Lokasi: Pantai Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah mengadakan Hari Keluarga JPANS 2017 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Nordin Siman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Bertemakan "Hawaiian Party", pelbagai acara yang menarik telah diadakan antaranya senamrobik, sukaneka, pertandingan memasak dan cabutan tiket bertuah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli keluarga kakitangan JPANS.