Mesyuarat Pemantauan Keaktifan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017

Mesyuarat Pemantauan Keaktifan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017

Tarikh: 2 November 2017
Lokasi: Tun Sakaran Ballroom, TH Hotel, Kota Kinabalu

Mesyuarat Pemantauan Keaktifan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2017 telah diadakan pada 2 November 2017 bertempat di Tun Sakaran Ballroom, TH Hotel, Kota Kinabalu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh lebih daripada 120 orang wakil Majlis Bersama Jabatan yang terdiri daripada wakil pekerja dan wakil pegawai seluruh negeri. Majlis pada pagi tersebut telah dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia berkaitan pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan diikuti dengan penyampaian laporan keaktifan Majlis Bersama Jabatan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Saraan, Puan Alesia Sion.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Haji Osup, Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan pelbagai isu berkaitan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah dibincangkan bersama di dalam mesyuarat ini yang melabuhkan tirainya pada jam 12.30 tengahari.