Audit Pensijlan 5S

Audit Pensijilan 5S Tahun 2017-2018

Tarikh: 5 Disember 2017
Lokasi: Tingkat 1-5, Wisma Perindustrian, Teluk Likas, Kota Kinabalu

Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengadakan audit persijilan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi sesi Tahuh 2017-2018. Audit ini telah dimulai dengan mesyuarat pembentangan hasil kerja oleh Ketua-Ketua Zon 5S jabatan ini di Bilik Integriti, Tingkat 5, Wisma Perindustrian. Audit ini seterusnya diperhebat lagi dengan mengadakan pemeriksaan persekitaran di semua tingkat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Majlis penyerahan sijil pematuhan 5S bagi Tahun 2017-2018 telah berjaya dianugerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan telah diserahkan oleh Encik Edward, wakil daripada MPC.