Mesyuarat Bantuan Khas Kewangan Anak-Anak Sabah

Tarikh: 19 Januari 2018
Lokasi: Bilik Mesyuarat Integriti, Tingkat 5, Wisma Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Satu mesyuarat sesi perbincangan Bantuan Khas Kewangan Pelajar Anak-Anak Sabah IPT yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Nordin Siman, Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dihadiri oleh Puan Hajah Rosneh binti Haji Marie, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Puan Alice Toiloh, wakil daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah, pegawai-pegawai Bahagian Biasiswa, pegawai Bahagian Saraan, pegawai unit IT serta wakil daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri daripada:-

1. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
3. MSU College Sabah/PTPL Sabah
4. Universiti College Sabah Foundation
5. Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)
6. ATI College
7. UNITAR College
8. Cosmopoint College Sabah
9. INTI College Sabah

Sejurus selesai sesi perbincangan berkenaan, Yang berbahagia Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri turut meluangkan masa berkunjung ke Bahagian Biasiswa, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.