Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan Anak-Anak Sabah

Tarikh: 25 April 2018
Lokasi: Kompleks Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan Pelajar IPT Anak-Anak Sabah telah diadakan di Kompleks Dewan Kuliah Pusat 2 (DKP 2), Universiti Malaysia Sabah. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang mewakili YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, YBhg. Datuk Hj. Nordin Siman, Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Dif-Dif jemputan dan penerima bantuan khas pelajar IPT anak-anak Sabah.

Seramai 5,263 penerima yang memenuhi kateria yang ditetapkan telah menerima bantuan khas dengan bayaran secara "One-Off" sebanyak RM950.00 setiap seorang. Daripada jumlah tersebut, seramai 4,184 anak-anak Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di IPT dalam negeri yang melibatkan bayaran berjumlah RM3,974,800.00 manakala RM1,025,200.00 pula diperuntukkan kepada 1,079 pelajar IPT anak-anak Sabah yang sedang menuntut di Sarawak dan Semanjung Malaysia.



 
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.