Kandungan sedang dimuatkan...

Perutusan Khas Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Bagi Tahun 2018

PERUTUSAN KHAS
PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH TAHUN 2018

NordinSimanAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sehati Sejiwa.

Bersyukur kita ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan Kurnia dan InayahNya jua maka kita dapat lagi sampai ke tahun 2018.

Tahun 2017 telah kita tinggalkan dengan penuh kenangan dan kita telah bersungguh-sungguh serta bekerja keras melaksanakan segala perancangan tahunan sesuai sasaran yang telah kita rancang sebelumnya. Kini kita melangkah setapak lagi dalam kalendar baharu menuju Tahun 2018. Semoga tahun 2018 akan meningkatkan lagi kecemerlangan Jabatan serta memperkasakan jati diri setiap anggotanya.


PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN TAHUN 2017

Sepanjang tahun 2017, kita telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang misalnya dalam Pengurusan Sumber Manusia yang sistematik dengan mengamalkan tadbir urus yang baik, memberikan fokus kepada pelanggan dengan program Turun Padang serta mengamalkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap.

Amalan Tadbir Urus yang baik dengan melaksanakan serta mengamalkan sistem antarabangsa seperti MS IS0 9001 - 2008 : Pengurusan Sumber Manusia Di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti bertaraf 5 Bintang, Amalan 5S World Class Practices yang berjaya dipersijilkan semula dan juga kejayaan kita menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang Cemerlang bertaraf 5 Bintang. Ini juga mendapat penilaian setara dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Perkhidmatan Awam keseluruhannya sejak 2015 oleh MAMPU Melalui System Star Rating (SSR).


KOMITMEN MENUJU KECEMERLANGAN TAHUN 2018

Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu 2018, harapan saya kepada semua warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah agar sama-sama menggerakkan organisasi kita ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan dan menjadi organisasi yang berprestasi tinggi serta berjaya mengekalkan kecemerlangannya.

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri sentiasa bersedia menerajui Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dalam memastikan semua penjawat awam sentiasa bersedia dalam merakyatkan perkhidmatan awam, menyokong segala perancangan dan seterusnya melaksanakan Pelan Pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.

Kita mesti sentiasa bersiap siaga dan berdiri teguh bagi memastikan kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020, Sabah LEAP 2035 dan Program Transformasi Negara atau TN50 untuk faedah rakyat dan Negeri Sabah. Semua perancangan dan Dasar Kerajaan adalah amanah besar bagi setiap penjawat awam untuk melaksanakannya dengan penuh integriti.

Sesungguhnya Kerajaan telah banyak memberikan keisitimewaan kepada kita selaku anggota perkhidmatan awam melalui pembentangan bajet 2018 oleh YAB. Perdana Menteri. Antaranya ialah Cuti Tanpa Rekod selama tujuh (7) hari mengerjakan Umrah, balik sejam lebih awal bagi anggota wanita mengandung lima (5) bulan ke atas dan pemberian bonus sebanyak RM1,500.00 untuk semua kakitangan awam.

Sehubungan itu marilah kita sama-sama berdiri teguh dengan kerajaan yang ada pada masa ini dengan menyokong serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan penuh keikhlasan tanpa berbelah bahagi.

Sekian dan terima kasih

Selamat Tahun Baharu 2018.

Wassalam.


DATUK HAJI NORDIN BIN SIMAN
PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain