Kandungan sedang dimuatkan...

Sistem E-MBJ Antara Projek Terbaik Dalam Anugerah iSAS 2019

04 Oktober 2019, Kota Kinabalu - Lawatan Panel Penilaian Anugerah Inovasi dan Pembudayaan ICT ISAS 2019 telah diadakan di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah oleh enam (6) ahli penilai yang terdiri daripada beberapa agensi antaranya MAMPU, INTAN, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.

IMG 4505
Panel penilai yang hadir dalam sesi lawatan tersebut


Penilaian ini dibuat untuk menilai penyertaan "Sistem Elektronik Majlis Bersama Jabatan" atau E-MBJ yang telah diguna pakai oleh 102 agensi di seluruh negeri ini untuk pelaksanaan MBJ di agensi masing-masing.

Sistem E-MBJ telah disenarai pendek sebagai antara projek terbaik dalam Anugerah iSAS 2019.

IMG 4547
Tuan Mohammad Osup bersama pasukan pembangun E-MBJ dan penilai iSAS 2019


Selain daripada itu, inovasi pendigitalan ini juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang diguna pakai untuk pengurusan MBJ disamping mengguna pakai konsep tanpa kertas atau paperless.

Menerusi pembudayaan dan inovasi sistem yang dibangunkan secara 'in-house' ini, dianggarkan penjimatan sebanyak lebih daripada RM80,000 dapat dicapai disamping memendekkan proses kerja sebanyak 80 peratus.

IMG 4514

Pembentangan mengenai sistem ini telah disampaikan oleh Encik Afendy Suraip, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi selaku ketua projek dan pembangun sistem tersebut. Hadir bersama ialah Tuan Mohamad Hj. Osup, Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain