Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Cuti Kuarantin

Cuti kuarantin ialah cuti yang telah diperuntukkan di bawah Peraturan 168 Bahagian IV (Cuti) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (PPANS 2008) kepada pegawai yang dalam perjalan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai di kurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan Peraturan 168 Bahagian IV (Cuti) PPPANS 2008.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Seorang pegawai yang anaknya telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Ibu dan bapa yang sah sahaja yang layak menerima kemudahan Cuti Kuarantin.

Anak adalah termasuk:
  1. anak kandung;
  2. anak tiri tanggungan;
  3. anak angkat de facto;
  4. anak angkat; dan
  5. anak pelihara.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; dan dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:
  1. berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
  2. tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:
  1. berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
  2. tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan berserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang Permohonan Cuti Kuarantin.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Antara senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan untuk kemudahan Cuti Kuarantin adalah seperti berikut:
  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
  3. Campak (Measles)
  4. Chickenpox
  5. Difteria
  6. Malaria
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.1/2017 semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan kemudahan Cuti Kuarantin, tertakluk kepada syarat-syarat dalam PPNS Bil.1/2017.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan kemudahan ini diberikan mengikut tempoh yang diluluskan terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi memenuhi keperluan pegawai itu dalam menguruskan apa-apa perkara yang berhubung peraturan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling PPNS Bil.1/2017.

Bagi Permohonan Cuti Kuarantin di bawah penjagaan sementara, kemudahan adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Ketua Jabatan juga hendaklah merekodkan kelulusan kemudahan Cuti Kuarantin pegawai dalam rekod perkhidmatan Kerajaan (e-Cuti).
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Kemudahan ini berkuat kuasa 1 Januari 2017 seiring dengan PPNS Bil.1/2017.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
  1. Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.1/2017 - Kemudahan Cuti Kuarantin
  2. Peraturan 168 Bahagian IV (Cuti) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (PPPANS 2008)
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain