Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Syarat-syarat am pelantikan dan perkhidmatan

Soalan-soalan lazim ini adalah berpandukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, Bahagian II, Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan.

Tafsiran

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain -

"Jabatan" termasuk mana-mana Kementerian atau Jabatan;

"Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Kementerian atau Jabatan" ertinya suatu Jawatankuasa yang ditetapkan melalui pekeliling perkhidmatan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat seseorang pegawai;

"kenaikan pangkat" ertinya kenaikan dari satu gred ke gred yang lebih tinggi secara hakiki dalam satu skim perkhidmatan yang sama;

"kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Sabah;

"Ketua Jabatan" ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Jabatan atau Ketua Perkhidmaan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

"pegawai" ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmatan yang dilantik oleh Suruhanjaya;

"pegawai yang sedang berkhidmat" ertinya pegawai dalam percubaan, pegawai sementara, pegawai dalam pertukaran sementara atau pinjaman dan pegawai kontrak;

"perkhidmatan gunasama" ertinya apa-apa perkhidmatan yang diisytiharkan sedemikian oleh Setiausaha Kerajaan Negeri;

"pelantikan" ertinya pelantikan ke dalam perkhidmatan awam Negeri oleh Suruhanjaya termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seorang pegawai yang sedang berkhidmat di dalam mana-mana skim perkhidmatan;

"Suruhanjaya" ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri yang ditubuhkan di bawah Perkara 36 Perlembagaan Negeri Sabah.

Calon-calon yang hendak dilantik ke dalam perkhidmatan awam Negeri hendaklah warganegara Malaysia yang mana salah seorang ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Jika tiada calon-calon sesuai yang berasal dari Sabah, maka calon-calon lain yang berkelayakan dalam tugas-tugas tertentu boleh dilantik dengan kebenaran dan syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Boleh dengan syarat pelantikan semula seseorang pegawai yang telah meletakkan jawatannya, ke dalam mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran Setiausaha Kerajaan Negeri, hendaklah disifatkan sebagai pelantikan pertama ke dalam perkhidmatan itu dan semua peraturan yang mengawal pelantikan pertama itu hendaklah terpakai.

Dengan demikian, dia tidak berhak menuntut mana-mana tempoh perkhidmatan, saraan dan kemudahan yang terdahulu.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Jika dalam sesuatu skim perkhidmatan atau iklan kekosongan jawatan ada disebutkan tentang umur, maka umur yang dimaksudkan ialah umur pada ulang tahun hari jadi mengikut kalendar Gregorian.

Pada menentukan umur itu, jika hanya bulannya sahaja yang diketahui maka tarikh lahir seseorang hendaklah dianggap sebagai jatuh pada hari terakhir dalam bulan itu, dan jika tahunnya sahaja diketahui, maka tarikh lahir itu hendaklah dianggap sebagai jatuh pada 31 Disember dalam tahun itu.

Jika tarikh lahir seseorang itu ialah pada 29 Februari, maka ulang tahun hari jadinya ialah 1 Mac bagi tahun-tahun yang bukan tahun lompat.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Jika seseorang pegawai yang sudah disahkan dalam jawatan asalnya tetapi apabila dilantik ke satu jawatan baru telah gagal untuk mendapatkan pengesahan dalam jawatan tersebut, boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk memegang kembali jawatan asalnya atau apa-apa jawatan lain yang serupa, dengan syarat bahawa ada kekosongan dalam jawatan tersebut dan bahawa kegagalannya uintuk mendapatkan pengesahan itu bukanlah kerana kelakuan yang tidak memuaskan.

Seseorang yang telah dibenarkan memegang kembali jawatan asalnya sedemikian akan dibenarkan menerima gaji yang patut diterimanya sekiranya dia tidak dilantik ke jawatan lain itu.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Adalah menjagi tanggungjawab seseorang pegawai kontrak untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatannya enam bulan sebelum tamat kontraknya itu jika dia ingin menyambung kontraknya. Jika ketua Jabatannya memerlukan lagi perkhidmatan pegawai tersebut maka Ketua Jabatannya itu hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya sebab-sebab perkhidmatan pegawai itu dikehendaki lagi.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Seseorang pegawai boleh dipinjamkan untuk berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan, mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi mengikut syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan bagi masa tertentu.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Seseorang pegawai Kerajaan Persekutuan boleh diterima berkhidmat secara pinjaman oleh Kerajaan mengikut syarat-syarat khas yang ditetapkan dan bagi masa yang tertentu.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Antara kewajipan seseorang pegawai perkhidmatan awam adalah seperti berikut:
  1. Seseorang pegawai hendaklah menumpukan seluruh masanya kepada perkhidmatannya dengan Kerajaan.
  2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tugas-tugas jawatannya dan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa.
  3. Seseorang pegawai hendaklah berkhidmat di mana-mana sahaja sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan atau oleh Ketua Jabatannya.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain