Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Imbuhan Tetap Perumahan

Bermula 13 Januari 2017, Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kecil menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh Kerajaan, layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan mengikut kadar sebenar kelayakan pegawai mengikut gred jawatan hakiki.

Berikutan dengan itu, Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kecil dikecualikan pemakaian Pekeliling Negeri Sabah Bil. 6/2007.

Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.1/2017
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Berdasarkan peraturan 106(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008, pegawai yang menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan.
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Kadar ITP bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Professional Perkhidmatan Awam Negeri adalah seperti berikut:

Gred Kadar ITP Sebulan
 40 dan ke bawah RM 300.00
 41 dan 42 RM 300.00
 43 dan 44 RM 400.00
 45 hingga 50 RM 700.00
51 hingga 52 RM 700.00
53 hingga 54 RM 900.00

Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Bil.13/2015
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Negeri adalah seperti berikut:

Gred Kadar ITP Sebulan
Jusa/Khas C  RM 1,300.00
Jusa/Khas B  RM 1,600.00
Jusa/Khas A  RM 2,000.00
Turus III  RM 2,500.00
Turus II RM 2,500.00
Turus I RM 2,500.00

Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Bil.13/2015
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain