Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Bolehkah balu atau duda kepada pegawai yang telah meninggal dunia memohon Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Sabah?

Suami atau isteri kepada pegawai yang telah meninggal dunia yang semasa hayatnya layak mendapat pinjaman perumahan di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Sabah, boleh memohon untuk diberikan pinjaman perumahan. Amaun pinjaman sedemikian hendaklah berdasarkan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai yang telah meninggal dunia itu dan formula di bawah hendaklah digunakan:

K=(GP + EW + ITKA) x 72
Penjelasan:
  • K       : Kelayakan Balu/Duda
  • GP    : Gaji Pokok terakhir pegawai yang meninggal dunia
  • EW   : Elaun Wilayah yang diterima oleh pegawai yang meninggal dunia
  • ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam yang diterima oleh pegawai yang meninggal dunia
oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah