11 APR- Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Istana Seri Kinabalu telah diadakan pada jam 10 pagi tadi.
Majlis dihoskan secara tertutup oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin bersama isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R. M. Jasni.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag antara tetamu kenamaan yang hadir selain YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan isteri, Datin Seri Panglima Noraini Salleh serta jemaah Menteri Kabinet serta isteri masing-masing selain duta China, Konsul Negara Brunei Darulsalam dan Konsul Republik Indonesia.
Hadir sama, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama isteri Datin Seri Panglima Dr. Hajah Nuinda Alias dan YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan isteri YBhg. Datin Hjh Siti Yuslaini Mohd Samsuri.
Sekian dan terima kasih
Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS