JPANS ke Arah Pensijilan ISO
Dalam memastikan organisasi yang kompeten, inovatif dan berintegriti, pensijilan luar terutamanya dalam perkhidmatan yang kritikal adalah amat perlu bagi sesebuah organisasi.

Oleh yang demikian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan melaksanakan peningkatan versi pensijilan ke versi MS ISO 9001:2015 (Standard Antarabangsa), lanjutan dari versi pada masa ini iaitu MS ISO 9001:2008 (Standard Kebangsaan).

Peningkatan ini akan memberi impak yang positif kepada semua pihak berkepentingan (stakeholders) organisasi disamping membudayakan budaya kerja yang cemerlang, cekap dan pantas. Berikut ialah maklumat ringkas mengenai pensijilan MS ISO 9001:2015 yang perlu anda tahu:
Perkara Umum
Skop Standard Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
Apakah maksud pensijilan ini ke atas standard organisasi? Organisasi yang dipersijilkan melalui QMS ini membawa maksud bahawa organisasi tersebut telah membentuk pendekatan sistematik untuk meningkatkan kualiti dengan memastikan produk atau perkhidmatan mereka menepati keperluan pelanggan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud hasil produk atau perkhidmatan yang dihasilkan adalah menepati kualiti standard. Ia membawa maksud bahawa produk atau perkhidmatan yang dihasilkan telah melalui proses-proses yang telah menitikberatkan aspek kualiti yang telah digariskan dalam standard ini.
Apakah standard yang digunakan? Standard Kebangsaan
MS ISO 9001:2008 – Quality Management Systems – Keperluan
(SEMAKAN PERTAMA) (ISO 9001:2008, IDT)

atau

MS ISO 9001:2008 – Sistem Pengurusan Kualiti – Keperluan
(SEMAKAN PERTAMA) (ISO 9001:2008, IDT)

atau

Standard Antarabangsa
ISO 9001:2015 - Quality Management Systems – Requirements
Kitaran pensijilan? MS ISO 9001
Kebaikan Pensijilan?
  1. QMS akan membantu organisasi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ini akan menghasilkan hasil produk, perkhidmatan pelanggan dan kepuasan pelanggan yang lebih baik.
  2. Dengan implementasi sistem yang wajar, organisasi akan menjadi lebih efisyen dan produktif disamping akan mengurangkan ralat dan buat-semula, mengurangkan kos operasi, masa dan penggunaan sumber.
  3. Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan yang akan meningkatkan daya saing organisasi dalam aspek-aspek yang berkaitan untuk lebih berjaya dan bingkas.
  4. Sistem juga akan melihat kepada keperluan sumber manusia yang akan meningkatkan komitmen dan semangat kakitangan.
  5. Pematuhan kepada standard ini juga akan membekalkan organisasi dengan pengiktirafan dan merit untuk daya saing.
  6. Kesemua perkara di atas meningkatkan keberuntungan dan keberhasilan yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan.


Disediakan oleh Webmaster, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Aplikasi Digital Warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Aplikasi kerajaan digital untuk kegunaan warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Daftar Masuk Portal JPANS

Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah