Pelaksanaan Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Sesi 1 Tahun 2019

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2 Tahun 2019 bertarikh 28 Januari 2019, Sesi Pertama Pelaksanaan Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan diadakan pada 20 hingga 23 Ogos 2019. Kumpulan pertama adalah bagi pegawai-pegawai Gred 41 ke Gred 44.

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bolehlah diajukan kepada Puan Diana Daria Amit, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kompetensi, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah melalui talian 088 368 798.

Sekian dan harap maklum.

Urus Setia
Pusat Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah