Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih JPANS 2019

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih JPANS 2019

Tarikh: 29 Mei 2019 (Rabu)
Lokasi: Tingkat 14, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, PPANS

Persatuan Badan Kebajikan Islam JPANS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih pada 29 Mei 2019 yang lalu. Majlis ini telah diraikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah bersama-sama YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tuan Serbini Jadin, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri serta Jabatan Bendahari Negeri. Sejurus selepas majlis berbuka puasa tersebut, YB. Datuk Seri Panglima Hashim Paijan serta semua tetamu juga meluangkan masa melaksanakan ibadah solat Maghrib, Isya dan Terawih secara berjemaah di lokasi yang sama.


 
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah