Pantas Ke Hadapan dengan Berfikir 24/7 Sebagai Penjawat Awam

10 Oktober 2019, Sandakan - Program Outreach Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah memasuki edisi ke-empat (4) penganjurannya dan telah diadakan di daerah Sandakan untuk turun padang menyelami dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di daerah tersebut khususnya isu-isu berkaitan perkhidmatan awam negeri.

outreach 5
Dalam majlis yang diadakan di Auditorium Jabatan Perhutanan Sabah itu, seramai lebih daripada 150 peserta telah hadir untuk mendengar amanat pengarah perkhidmatan awam disamping berkunjung ke kaunter-kaunter yang telah dibuka untuk memudahkan para penjawat awam negeri di daerah tersebut untuk menyelesaikan masalah atau mendapat maklumat mengenai dasar-dasar terkini perkhidmatan.

outreach 7
Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai menyampaikan amanatnya di Auditorium Perhutanan, Sandakan


Datuk (Datu) Rosmadi dalam amanatnya berkata pembudayaan berfikir 24/7 sebagai penjawat awam adalah perlu untuk memastikan perkhidmatan berasaskan kepentingan rakyat terpelihara daripada sikap-sikap yang tidak sensitif terhadap budaya pantas ke hadapan.

outreach 4
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) turut serta dalam membuka kaunter dan turun padang dalam Program Outreach pada kali ini


Beliau turut menyentuh mengenai usaha "regeneration of civil service" yang telah diperkenalkan oleh YAB Ketua Menteri Sabah disamping pembudayaan pantas ke hadapan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Pengarah perkhidmatan awam juga menggesa para penjawat awam di daerah tersebut untuk membudayakan senyuman disamping melaksanakan setiap tugasan dengan penuh dedikasi dan berusaha untuk mendidik masyarakat dengan menyantuni mereka.

outreach 6
Antara pelanggan yang hadir menunggu giliran sewaktu kaunter konsultansi dibuka


Penjawat awam juga diingatkan untuk menjalankan amanah yang telah diberi oleh kerajaan khususnya dalam melaksana agenda pemakmuran rakyat di negeri ini seiring dengan kemudahan dan kelebihan yang telah diberikan sebagai pegawai perkhidmatan awam.

Majlis itu turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan ketua daerah daripada daerah-daerah berdekatan seperti Sandakan, Telupid, Beluran, Tongod dan Kinabatangan serta daerah kecil Paitan.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah