1 MAC - Bahagian Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah mengadakan
Mesyuarat sempena sesi lawatan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Asri bin Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Dasar dan Perundingan JPA dan rombongan JPANS diketuai oleh Puan Aidah Hj. Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam.
Lawatan ini bertujuan untuk menandaaras Sistem Pengurusan Penilaian Prestasi seiring dengan Teras Utama 2, strategi 4 dan 5 seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik JPANS.
Pihak JPA Malaysia telah membentangkan struktur dan kaedah penilaian MyPerformance yang sedang dalam proses pelaksanaan sepenuhnya pada tahun 2025 di peringkat persekutuan. Selain itu, rombongan JPANS juga berpeluang menyaksikan demonstrasi penggunaan sistem MyPerformance dalam sistem HRMIS yang sedang digunapakai.
Di samping itu, hasil lawatan ini telah meningkatkan pemahaman pelaksanaan MyPerformance di kerajaan persektuan dan bakal menjadi rujukan ke arah penilaian prestasi yg lebih berkesan.
Rombongan dari JPAN disertai oleh Puan Maznah Mohd Maun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Encik Nazri bin Marin, Penolong Pengarah Kanan dan Encik Mohd Szami Solehin bin Jasni dari Unit Pengurusan Bakat dan Prestasi, Bahagian Perkhidmatan Awam.