05 MAC- Majlis Amanat dan Perhimpunan Tahun 2024 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, telah berlangsung dengan jayanya di Sabah International Convention Centre (SICC), pagi Isnin (4 Mac).
Seramai lebih 6,000 pegawai serta kakitangan awam dari pelbagai kementerian persekutuan dan negeri, hadir pada majlis berkenaan.
Dalam amanat YAB Ketua Menteri berkaitan perkhidmatan awam, beliau menegas agar penjawat awam sentiasa bersatu hati mengharungi isu dan cabaran yang mendatang dengan lebih cekal, bijaksana, tidak mudah terpengaruh dengan adu domba atau provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu melihat sesama terus bertelingkah serta perlu berikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha menjadikan Sabah lebih maju dan berjaya.
Perkhidmatan awam merupakan sebahagian daripada jentera kerajaan, di mana terletaknya sebagai nadi atau jentera yang menggerakkan Sistem Penyampaian Kerajaan. Tidak kira cepat atau lambat, efektif atau kurang efektif, efisien atau pun tidak sistem penyampaian kerajaan, semuanya terletak di atas bahu penjawat awam.
Turut hadir, YB Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, JP, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, barisan Menteri Kabinet Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, barisan Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, serta Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.
Sekian, terima kasih.
Foto & Laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin , Pejabat Direktorat, JPANS