6 MAC - Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) telah memberikan taklimat dalam Program Ramah Mesra Mahasiswa/i Sabah di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah anjuran Pejabat Perhubungan Negeri Sabah pada 29 Februari lepas.
Antara pengisian program ialah taklimat mengenai bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan sesi soal jawab tentang bantuan pendidikan dengan peajar sabah Unipsas
Seramai 107 orang pelajar anak Sabah menuntut di UniPSAS telah hadir.
Turut hadir, Puan Sabariah Hj. Saffree, Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Profesor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Puan Zaidah Hussain, Pengurus Kanan Yayasan Sabah, Kuala Lumpur, wakil Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Sabah, wakil Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan dua orang pegawai BKNS.
Sekian, terima kasih.