11 MAC – Sesi Kedua Program Orientasi Perkhidmatan Up-Skilling dan Re-Skilling Pengurus Sumber Manusia (PSM) telah berlangsung dengan jayanya pada 7 dan 8 Mac 2024 (Khamis dan Jumaat), lepas.
Dihadiri seramai 77 orang Pengurus Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, program tersebut diadakan di Bilik Multivision, Aras 3, Menara Kinabalu.
Panel program pada kali ini adalah Bahagian Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) telah memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan dan kepakaran peserta dalam Operasi Perkhidmatan, Pengurusan Penilaian Kompetensi, Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2), Pengurusan Buku Perkhidmatan, Pengurusan Penilaian Prestasi, Exit Polisi dan Kemajuan Kerjaya.
Sesi ketiga bersama Bahagian Saraan Dan Pencen, JPANS dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 April 2024.
Sekian, terima kasih.